Tiba-tiba muka break out pulak dah!

Oh Sis Mia!

Rahsiaku Rahsiamu Jua.

"Tiba-tiba muka break out pulak, nak buat macam mana ni?"

ALAMAK!!

Muka break out? Stress kan? Tambah-tambah lagi kalau tengok muka orang lain elok ja, tapi kulit muka kita bermasalah. Nasib orang yang kulit muka sensitif ni, jangan kata ‘ter’pakai produk lain, malah pakai produk yang sama bertahun-tahun pun boleh jadi. Walhal kau ni pulak memang sejenis yang menjaga muka gila-gila. Tak pernah tinggal langsung langkah-langkah penjagaan wajah yang lengkap.  Why is this happening?? Let Sis Mia tell you! 

1. Mencuba 1001 Produk!

Lumrah wanita selagi ada produk baru, selagi tu nafsu nak mencuba terus meluak-luak di sanubari. Ini adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan terjadinya masalah kulit muka. 

Setiap produk mempunyai kandungan yang berbeza-beza.  Sebagai pengguna yang cerdik, kita harus mempelajari ilmu tentang kebaikan atau keburukan sesuatu bahan kandungan serta tindakan reaksi bahan ini pada pencuci muka, krim muka, penyegar wajah mahupun serum muka. Bukan tak boleh mencuba, tetapi kita sebagai empunya diri harus mengetahui keadaan kulit muka sendiri samada berbaloi atau tidak untuk mencuba produk baru.

2. Stresssssss

Perlu di ingatkan di sini bukan hanya apa yang kita calit di muka boleh menyebabkan kulit muka berubah, tetapi juga keadaan diri kita, emosi memainkan peranan penting. 

Tekanan di tempat kerja, fikir terlalu banyak, mempunyai masalah keluarga, tidak cukup tidur, crush awak blue tick je dan macam-macam lagi, boleh menyebabkan bermula lah bibit-bibit manja sang jerawat datang ditemani lagu tora datang lagi. Haih....

3. Bakteria

Haaa… pelik kan? Bakteria? Mesti kita fikir bakteria apa benda pulak ni? Macam ni, korang kena ingat jerawat di muka ni kalau nak keluar, benda kecil pun boleh jadi penyebabnya. Selalu kita ambil mudah, kalau letih balik lambat dari kerja terus landing atas katil. 

Konon nak take 5, alih-alih terus terlelap sampai ke pagi. Muka yang dah make-up sedepa tu tak sempat nak basuh. Bayangkan pakai make-up pagi sebelum pergi kerja sampailah ke petang atau malam balik tak cuci terus tidur. Bayangkan betapa kotornya kulit muka kita. Menari-nari bakteria sekampung tu nak meraikan penggalian pori-pori di muka kita.

4.  Kulit terlalu berminyak atau terlalu kering  

Kulit akan berjerawat atau break out apabila kulit muka kita menjadi terlalu berminyak atau terlalu kering. 

Sebagai contoh, untuk kulit yang terlalu kering, lapisan kulit biasanya akan menghasilkan lapisan minyak semulajadi.  Kulit kita akan bergantung kepada lapisan minyak tersebut sebagai pencegahan daripada iritasi kulit akibat kuman dan pembiakkan sel yang konsisten. Sebab tu lah kena elakkan daripada membasuh muka dengan kerap yang boleh menyebabkan ianya menjadi lagi bertambah kering dan menghilangkan lapisan minyak semulajadi. Nanti, mulalah ada jerawat atau iritasi yang teruk pada kulit.

Bagi kulit yang berminyak pula memang senang sangat jerawat untuk mekar di wajah kita. Ini adalah kerana lapisan minyak yang berlebihan telah menutup pori-pori wajah yang menyebabkan keluarnya jerawat di muka.

5. Pemakanan

Semua faham, bila dah nampak makanan ni, rambang mata! Mula lah makan makanan yang berminyak, yang kurang khasiat tapi penuh kalori. Tau tak semua ni boleh effect muka kita?

Pemakanan seimbang ni penting tau. Diet yang salah boleh rosakkan metabolism lepas tu boleh naikkan berat badan dan rosakkan organ seperti hati dan jantung. Eh, sakitnya hati ni. Tambah lagi kalau malas nak minum air masak, ia juga boleh memberi kesan kepada kulit kita. Scary kan semua ni?  Pernah dengar tak pepatah omputih, you are what you eat? Ni lah kes nya. 

6. Koleksi barang solekan

Macam kes produk jagaan muka, produk solekan ni pun boleh memudaratkan kulit kita ni. Kandungan bahan-bahan dalam barang solekan adalah berbeza.  Baik barangan mekap yang jual murah di pasar malam sehinggalah ke barangan mekap mahal berjenama seperti MAC, Bobbi Brown, Nars dan macam-macam lagi.

Sesetengah mekap sesuai dengan kulit kita tetapi ada yang tak serasi dengan produk yang lain. Bagi yang kulit berjerawat, penting untuk memilih barangan mekap yang bukan berasaskan minyak. Kerana ini boleh menyebabkan pori kulit muka tertutup. 


Dah tu, next step is to cover it up lah kan? Bukan main tepek, kita kena ada ilmu jugak. So let me share few tips on

How To Choose The Correct Foundation According Your Skin Type..haa

Kulit berminyak

Jika kulit muka yang berminyak, maka pilihlah bedak asas atau foundation yang bebas minyak. Selalunya foundation jenis ini biasanya berbentuk stick atau batang rod, supaya kulit tidak kelihatan berminyak.

Kulit kering

Berbanding dengan kulit berminyak, kulit kering perlukan pelembap yang lebih banyak. Pilihlah foundation berasaskan air untuk melembapkan kulit. Biasanya kulit kering sesuai memakai foundation berbentuk cecair.

Kulit berjerawat

Salah memilih foundation hanya akan memudaratkan muka kita. Bagi anda yang berjerawat, pilihlah bedak alas yang “non-comedogenic” atau mengandung salicylic acid. Foundation jenis ini tak akan membuat pori kulit tersumbat.


Last but not least, janganlah murung atau sedih jika muka kita break out, orang kata senanglah, dah muka dia elok. Tetapi jika kita terlalu stress ia akan membuatkan kulit kita lebih teruk!


YANG PENTING, SABAR!! Perubahan yang baik memang akan mengambil masa. Kalau tiada kesabaran pakailah 100 jenis produk pon sama je efek dia.. “No pain no gain"