Bukan senang nak cantik

Oh Sis Mia!

Rahsiaku Rahsiamu Jua.

"Alaaa.. Kulit kita tak cantik laa..."

Bukan senang nak senang, lagi lagi nak cantik ni. Dah macam-macam produk yang ada kat pasaran, tengok iklan before & after je dah rasa nak beli laju-laju. Itu belum tengok flawless random girls lagi, rasa nak tanya je rahsia kecantikan dia. Macam ni lah, sebelum nak cantik je, kenalah kenali kulit kita dulu, baru boleh beli produk yang sesuai lepas tu, boleh la jadi cantik. Ye tak?

Tapi, itulah hakikat yang sebenar. Perempuan tak boleh lari dengan perkataan NAK CANTIK. Dengan lambakan produk yang bermacam-macam jenis dan keluaran dalam dan luar negara menyebabkan semua nak cuba. Pantang tengok iklan yang mempamerkan wajah yang teruk sebelum dan cantik putih melepak selepas, terus je tangan tu gatal nak tekan telefon nombor dan WhatsApp terus nak tanya pasal produk tu kan? Tipulah kalau kata tak terdetik walau sikit pon nak tahu pasal produk tu.

Sebelum kita nak bercakap pasal nak cepat cantik ni, kita kena lah juga tahu serba sedikit mengenai KULIT wajah kita. Hanya diri kita sendiri yang dapat menilai tahap sensitif mana kulit kita ni. Ada sesetengah orang tu memang dikurniakan jenis kulit muka yang tidak ada masalah. Syukur nikmat kepada Tuhan yang memberi rahmat. Kau tonyoh lah apa pon dekat muka tu, tak jadi apa pun. Main sental aja muka dengan produk apa pun, no problem.

 



Tips nak muka cantik:

Kenali jenis kulit

Kita je yang kenal muka kita jenis yang macamana. Bila dah tau, senanglah nak cari produk yang sesuai untuk wajah.

Jaga pemakanan

Kenalah jaga makan untuk elak muka berjerawat. Contoh: Lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan yang mengandungi vitamin C baik untuk kulit wajah.

Rajin cuci muka

Pastikan cuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari pagi dan malam sebelum tidur bagi mengelakkan pori-pori di kulit muka tersumbat & menyebabkan jerawat.


Cukup tidur

Elakkan dari eyebag panda, kulit kusam dan naik lah biji-bijian yang tidak diundang. Semasa tidur sel kulit mati dan rosak diregenerasi untuk membuatkan kulit jadi halus muda dan bersinar.


Minum air secukupnya

Air yang mencukupi akan menyegarkan sel-sel kulit mati dan menyuburkannya semula. Minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari.


  • Mencuci wajah serta gunakan skrub sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk buang sel kulit mati
  • Memakai penyegar dan pelembap wajah – menjaga keanjalan kulit serta menyihatkan kulit wajah untuk tampil berseri
  • Gunakan sunblock – untuk lindungi wajah  dari sinar UV
  • Rajinlah gunakan masker untuk awet muda, menegangkan wajah, merawat kulit kusam.
  • Penting, berilah ruang untuk kulit bernafas dan melalui proses pemulihaan secara semulajadi. Pilih produk yang bebas merkuri. Ingat MERKURI sangat berbahaya.
Spin to win Spinner icon