Keliru muka rasa pedih ke panas. Salah pakai produk ke?

Oh Sis Mia!

Rahsiaku Rahsiamu Jua.

Anda mungkin tak tahu yang..

Kebanyakkan orang confuse dengan tindak balas camphor iaitu rasa berangin atau  tingling warmth buat perasaan "something is not right" membuak buak.  Camphor atau kapur boleh bertindak sebagai teraputik semula jadi yang sangat berkesan dalam kehidupan seharian.  Anda boleh gunakannya pada kulit untuk melegakan kerengsaan seperti gatal-gatal dan ruam, merawat jerawat ataupun jangkitan kulit, dan banyak lagi. Hari ni Sis Mia nak share  5 Manfaat hebat Camphor untuk kulit korang.

Sama seperti pudina, camphor mempunyai kesan penyejukan. (cooling effect) Ianya anti-radang, antiseptik, dan antibakteria menjadikannya bermanfaat untuk jerawat dan jangkitan kulit. 


Cuci muka korang dulu, lepas tu sapu kapur yang telah dicampur dengan air sedikit pada tempat yang berjerawat. Lebih bagus dilakukan sebelum tidur, dan pada keesokan harinya baru dibilas dengan air. 

Camphor boleh dicampur dengan air dan disapukan pada kawasan jangkitan. Sentiasa pastikan kaki korang kering selepas mencuci, tidak lembab dan elakkan berpeluh.

Sis Mia perasan, kebanyakkannya bahagian kaki lah yang selalu mempunyai masalah jangkitan ni. Lagi-lagi yang jenis tak ambil kisah. Pernah sekali tu, Sis Mia pergi open house, ada orang tu dah la tak pakai stoking, bila duduk ramai-ramai bau dia, perghhh.. Pengsan tau 2 minit!

Malu tau. Kita kena lah jaga kebersihan dan kesihatan. Jumpa lah doktor kalau rasa kurang yakin dengan ubat-ubatan tradisional. InsyaAllah setiap masalah itu ada penyelesaiannya.                             

Sis Mia percaya setiap orang mesti pernah melalui fasa ‘diserang’ jerawat. Walaupun fasa ini telah berakhir, namun ramai yang mengambil masa bertahun-tahun untuk menghilangkan parutnya.

Stress kan?

Kalau ikutkan cara tradisional, campuran kapur dan minyak kelapa boleh memudarkan bintik hitam dan bekas jerawat. Lakukan 2x sehari secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang lebih efektif.

Sapukan camphor di kawasan yang terkena sekurang-kurangnya 2x sehari untuk mengurangkan kegatalan. Camphor akan memberi tindak balas berangin dan mengurangkan iritasi.

Lagi-lagi mommies yang ada anak kecil, serangga lah yang kita kadang terlepas pandang. Si comel ni bukan tahu pun, selagi tu lah diorang akan garu. 

                           

“Stresnya tengok tumit kaki pecah ni. Ada masanya gatal-gatal dan boleh luka pula. Rasa tak selesa dan malu nak pakai selipar.” ada tak perasaan macam tu?  Umumnya, masalah ini berpunca daripada kekurangan lembapan pada bahagian tumit kaki.  

Sapu camphor di tumit yang merekah dan rendamkan kaki ke dalam air suam. Ini dapat membantu membuang sel kulit yang mati. Kulit akan menjadi lembut jika melakukan dengan konsisten.

Sis Mia nak pesan ni. Kalau boleh e lakkan memakai kasut bertumit tinggi terlalu kerap kerana kaki yang terdedah dan postur yang tidak elok boleh menyebabkan kekeringan dan memaksa beban pada tumit kaki.

Royal Expert Smooth & Clear Skin Lightning

Kaya dengan bahan semula jadi, krim ini sangat berkesan untuk melambatkan proses penuan kulit, mencegah dan merawat masalah jerawat, jeragat, kulit berminyak, tona tidak sekata dan kulit kusam. Yang penting sekali, IANYA TANPA BAHAN KIMIA berbahaya dan menggunakan bahan yang SEMULA JADI. 

Gunakan dua kali sehari, (pagi & malam) pada kulit bersih, urut krim ke muka dan leher dalam pusingan melawan arah jam.  



















Spin to win Spinner icon