Krim kilo bersepah dipasaran?

Oh Sis Mia!

Rahsiaku Rahsiamu Jua.

"Risaunya kalau terguna krim kilo ni! Macam mana nak bezakan eh?"

Wah, tiba-tiba je banyak giler produk kecantikkan dipasaran. Tiba-tiba je proses ujian formula dan lain-lain SOP dah settle, cepat giler! Krim kilo ke ni?

Produk yang sah, kenalah berdaftar dengan pihak berwajib. Kita pulak kena check betul tak berdaftar, bukan check brand je ye, check setiap produk tau. Yelah, takkan nak sapu je bahan-bahan yang kita sendiri ragui kat muka kita ni. Heiii, sayang muka sikit sis semua.

Bukan 1, 2 kes je, banyak kes produk kat pasaran yang dibeli secara pukal dan dipek oleh pemaju sendiri. Inilah yang kita panggil krim kilo . Ujian saringan tah kemana, ujian keserasian dah kelaut, tindakan reaksi antara bahan pun mungkin tak tahu (ingat tak subjek Kimia time sekolah dulu?). Dengan jualan produk ni, pengusaha dapat untung berlipat ganda, pengguna? Pengguna dapat jeragat, jerawat, kedutan dan menggerutu. Seram kan. Ini bukan rekaan, ini kisah benar!

Orang kata, lagi mahal produk tu, lagi berkualiti. Macam nilah strategi pemasaran krim kilo tu, tak murah pun tau. Dah la mahal, memudaratkan kita pula. Tak jimat duit pun, lagi banyak kena keluar duit untuk rawatan intensif adalah. (Psstt.. kalau rasa nak bazir duit, bank-in kat Sis Mia pun ok. hehe)

Sebab ni lah, dah jadi tanggungjawab kita sebagai pengguna, kena bijak membuat kajian sebelum memilih sesuatu produk. Paling penting, kosmetik kita mestilah tidak mengandungi paraben dan merkuri atau bahan kimia terlarang yang lain. Sambil tu, jom kenali apa pula bahan yang dibenarkan/sesuai untuk kulit wajah kita.


Paraben  ni ialah bahan pengawet yang digunakan dalam pelbagai produk kosmetik dan perawatan tubuh untuk mencegah pertumbuhan kulat, bakteria, dan mikroorganisma krim dan kosmetik, terutama di tempat yang lembap seperti bilik air. 

Menurut  Prof.Dr Norazah Yusuf, UPMmerkuri atau raksa pula adalah logam berat yang hadir secara semulajadi (salah satu mineral yang wujud di bumi). Merkuri ialah logam yang wujud dalam bentuk cecair pada suhu bilik. Merkuri boleh wujud dalam bentuk unsur, organik dan bukan organik.

Penggunaan merkuri kini semakin berleluasa di dalam bidang kosmetik dan skincare. Merkuri bertindak sebagai agen pemutih yang selalu digunakan dalam sabun dan krim. Merkuri dalam bentuk bukan organik bertindak mencegah pembentukan melanin menjadikan tona kulit lebih cerah. Antara kesan utama bahan merkuri terlarang adalah kerosakan buah pinggang. Merkuri dalam produk mencerahkan kulit juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan parut, serta pengurangan rintangan kulit untuk jangkitan bakteria dan kulat. Kesan lain termasuk keresahan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal. (   https://www.majalahsains.com/bahaya-merkuri-di-dalam-kosmetik/)


So, korang kenalah pastikan jenama kosmetik atau penjagaan wajah yang korang gunakan berdaftar di bawah TRADE MARKS ACT 1976 & TRADE MARKS REGULATIONS 1997. Semua produk juga perlu berdaftar dengan KKM, tidak mengandungi paraben, merkuri & bahan kimia lain yang berbahaya. Oleh itu sebagai pengguna, kita harus berhati-hati dengan produk tiruan & mengambil tahu tentang produk kosmetik/penjagaan kulit yang selamat untuk digunakan.

Spin to win Spinner icon