Putih serta-merta? Nak!

Oh Sis Mia!

Rahsiaku Rahsiamu Jua.

" Calit hari ni esok confirm muka terus putih. Tak percaya? Guna dulu baru tau!!"

Macam pernah dengar caption ini, tapi dimana ya?

Hah! Dah lama Sis Mia tak membebel. Hari ni sis nak kupas satu isu.. bukanlah isu sangat, tapi bagi Sis Mia isu lah juga sebab agak disturbing gitew..

Kalau dah nama manusia ni, lelaki ke, perempuan ke, semua orang nak produk yang cepat berkesan. Tapi tau tak, produk macam ni apa bahan utama dia? Sis Mia bukan nak cop produk ni bagus ke, tak bagus, belum layak lagi rasanya. Tapi, kita kena ambil tahu bahan-bahan ni. Kalau ada produk yang selamat dan menjanjikan putih dalam sehari, roger Sis Mia ye. Nak try juga!

Memang rata-rata produk yang di pasarkan melalui peringkat ‘sampling’ yakni memberi produk ini untuk di pakai oleh beberapa sampel orang perseorangan di luar sana yang mencuba menggunakan produk tersebut. 

Beberapa sampel orang perseorangan telah di pilih daripada pelbagai jenis kulit serta jenis masalah yang di alami. Maka daripada insan terpilih ini lah yang kita perolehi testimoni pengguna. Sudah ramai yang telah menggunakan produk Royal Expert, jujur Sis Mia cakap, ada yang sesuai ada yang tidak sesuai. Oleh itu, jika kita mengharapkan sesuatu yang ‘miracle’ payah jugak la. Tapi tak mustahil, sebab ada je orang yang nampak pebezaan kulit dalam masa seawal 7 hari pemakaian berterusan. Jenis yang pakai hari ni nak esok kulit terus cantik tu... teruskan angan-angan ye. Ada tu berusaha pakai bertahun baru nak nampak sedikit perubahan pada kulit tau!

Ni nak cerita dekat sini, kulit wajah kita ni berbeza antara satu individu sama lain. Sebab tu lah setiap orang akan mendapat kesan berbeza, bergantung kepada jenis kulit masing-masing. Mungkin sebelum ini dah guna produk yang mengandungi bahan ‘chemical’ yang tinggi atau yang mengandungi bahan terlarang seperti merkuri, jangan haraplah muka kita buat ‘magic’ terus dari berjerawat batu esoknya muka selicin sutera.

Di bawah ini, Sis Mia nak senaraikan beberapa tips untuk anda di luar sana sebagai panduan jika ingin menukar produk penjagaan kulit wajah.


Tips Untuk Menukar Produk Penjagaan Kulit

Hentikan penggunaan skincare yang terdahulu lebih kurang 7-14 hari.

Sis Mia nak tekankan di sini, jika ingin menukar produk yang baru, maka hentikan dulu penggunaan produk yang lama. Dua-dua ada bahan kimia masing-masing, supaya bahan kimia dari produk lama bercampur pulak dengan yang baru.

Rehatkan kulit wajah selama lebih kurang 7 hari.

Kulit pun kena rehat? Yelah! Takkan badan ja nak rehat kan. Sebelum ini kita dah letak macam-macam di kulit wajah, sampai block  pori sampai tak dapat bernafas. Tu yang buat kulit jadi tidak sihat, pastu mulalah kusam, kering, berjerawat serta tak bermaya.

Gunakan losyen pelembap dan pelindung wajah semasa proses merehatkan kulit

Semasa proses untuk merehatkan kulit, continue guna pelembap serta pelindung matahari. Ini untuk mengelakkan kulit wajah menjadi kering serta cepat berkedut. 

Pelembap wajah mestilah bebas merkuri serta lakukan urutan wajah untuk menganjalkan kulit. Jangan lupa pelindung matahari, untuk ebintik hitam atau jeragat kesan daripada sinar UV yang merbahaya.

Rehat 1-2 hari bagi kulit yang tiada masalah

Jika kulit yang tidak mempunyai masalah, tunggu 1-2 hari sebelum tukar pada produk yang baru. 

Bagi cik adik manis yang ada kulit sensitif yakmat, ikut lah nasihat Sis Mia ni. Nak cantik ke taknak? Jangan gelojoh! Lagi penting, janganlah moral down bila ada yang memperlekeh usaha kita. Dia tak faham nak jaga kulit sensitif ni macam mana. Tau la kulit dia helok.

Disiplin, konsisten dan sabar

Apabila dah guna produk yang baru, kenalah berdisiplin. Jangan miss rutin penjagaan wajah. Kena konsisten dan SABAR. Confirm esok belum putih. Jangan terpedaya sangat tengok iklan kata pakai terus putih, ntah apa dia letak dalam tu. 


Kata-kata Punjangga… a.k.a. nasihat la

Bukan senang nak jadi cantik. Cantik ni terlalu subjektif. Bergantung pada masing-masing punya pendapat. Tapi apa Sis Mia nak kata kat sini, janganlah terlalu taksub tentang sesuatu yang boleh memudaratkan, contoh, marahkan produk sebab takde result dalam sehari. Meroyan la mak nak! Calit hari ini, esok tak putih melepak pun! No.. No.. No… Disiplin, konsisten dan sabar! Ingat tu! Bait-bait kata buat penyejuk hati.